Pengumuman
  • Pada 6 November 2020, bantuan PSU telah dilanjutkan selama 3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang menerima PSU dan bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru.
  • Pada 18 Januari 2021, Kerajaan telah meluaskan PSU3.0 di mana bantuan kewangan selama 1 bulan khusus kepada majikan daripada semua sektor di negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • PSU3.0 adalah secara bersasar khusus kepada sektor pelancongan dan runcit di bawah Belanjawan 2021 serta semua sektor di negeri yang terlibat dengan PKP mulai 19 Januari 2021 di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
  • Permohonan PSU 3.0 boleh dibuat mulai 1 Januari 2021 dan Tarikh akhir adalah pada 30 Jun 2021
  • Bagi permohonan PSU3.0, perusahaan yang sedang atau telah menerima bayaran PSU/PSU2.0 hendaklah memohon melalui PERMOHONAN LANJUTAN 3.0.
  • Permohonan PSU3.0 bagi perusahaan yang belum pernah memohon PSU/PSU2.0 atau permohonan PSU sebelum ini telah ditolak hendaklah memohon melalaui PERMOHONAN BARU 3.0
  • Sebarang pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  • Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar di bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.
  • Untuk butiran lanjut dan syarat-syarat kelayakan bagi PSU 3.0, sila layari www.perkeso.gov.my/program-subsidi-upah