Program Subsidi Upah

Semakan

Semakan status permohonan

Kemaskini

Kemaskini maklumat permohonan

Pembatalan

Pembatalan permohonan

Rayuan

Sektor Negatif PSU4.0

Pengumuman

  1. Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk PSU 4.0 ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0 atau PSU 3.0) sebelum ini atau tidak.
  2. PSU dilanjutkan untuk tempoh bantuan selama 2 bulan kepada semua sektor dan diikuti 2 bulan tambahan bagi sektor dalam senarai negatif (Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara) yang akan diumumkan oleh kerajaan kemudian.
  3. Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan PSU 4.0.
  4. Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  5. Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.
  6. Terma dan syarat kelayakan boleh rujuk di soalan-soalan lazim PSU 4.0.
  7. Aduan dan pertanyaan, sila kemukakan di pautan eaduansip.perkeso.gov.my