PSU 5.0

SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR

Bantuan SIP Subsidi Upah Bersasar di bawah Bajet 2022 hanya dibuka
kepada majikan yang terlibat di dalam sektor pelancongan sahaja.

KLIK UNTUK LIHAT SENARAI AKTIVITI DI BAWAH SEKTOR PELANCONGAN DI BAWAH SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Semakan

Semakan status permohonan

Kemaskini

Kemaskini maklumat permohonan

Pembatalan

Pembatalan permohonan

Pengumuman

  1. Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 atau PSU 4.0) sebelum ini atau tidak.
  2. SIP Subsidi Upah Bersasar adalah lanjutan Program Subsidi Upah sebelum ini untuk tempoh bantuan selama 3 bulan kepada sektor pelancongan sahaja.
  3. Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)
  4. Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  5. Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.
  6. Terma dan syarat kelayakan boleh rujuk di soalan-soalan lazim SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)
  7. Aduan dan pertanyaan, sila kemukakan di pautan eaduansip.perkeso.gov.my